BAHASA MALAYSIA
APPLE INC.
PERJANJIAN LESEN PERISIAN UNTUK macOS Sonoma
Untuk digunakan dalam Sistem berjenama Apple
SILA BACA PERJANJIAN LESEN PERISIAN INI (“LESEN”) DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNAKAN PERISIAN APPLE TERSEBUT. DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN APPLE TERSEBUT, ANDA BERSETUJU BAHAWA ANDA TERIKAT DENGAN TERMA LESEN INI. SEKIRANYA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA LESEN INI, JANGAN PASANGKAN DAN/ATAU GUNAKAN PERISIAN APPLE TERSEBUT DAN, JIKA DIKEMUKAKAN DENGAN PILIHAN UNTUK “BERSETUJU” ATAU “TIDAK BERSETUJU” KEPADA TERMA TERSEBUT, KLIK “TIDAK BERSETUJU”. SEKIRANYA ANDA MEMPEROLEH PERISIAN APPLE TERSEBUT SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PEMBELIAN PERKAKASAN APPLE DAN JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA LESEN INI, ANDA BOLEH MEMULANGKAN SELURUH PAKEJ PERKAKASAN/PERISIAN APPLE TERSEBUT DALAM TEMPOH PEMULANGAN KEPADA APPLE STORE ATAU PENGEDAR SAH YANG ANDA MEMPEROLEH PERKAKASAN ATAU PERISIAN UNTUK MENDAPATKAN BAYARAN BALIK, TERTAKLUK PADA DASAR PEMULANGAN APPLE SEPERTI YANG TERDAPAT DI https://www.apple.com/legal/sales-support/. ANDA MESTI MEMULANGKAN KESELURUHAN PAKEJ PERKAKASAN/PERISIAN TERSEBUT UNTUK MENDAPATKAN BAYARAN BALIK.
NOTA PENTING: Setakat yang perisian ini boleh digunakan untuk mengeluarkan semula, mengubah suai, menerbit atau mengedarkan bahan, ia dilesenkan kepada anda hanya untuk pengeluaran semula, pengubahsuaian, penerbitan dan pengedaran bahan yang tidak dilindungi oleh hak cipta, bahan yang anda miliki hak cipta, atau bahan yang anda diberi kuasa atau kebenaran di sisi undang-undang untuk mengeluarkan semula, mengubah suai, menerbit atau mengedarkan. Sekiranya anda tidak pasti tentang hak anda untuk menyalin, mengubah suai, menerbit atau mengedar apa-apa bahan, anda harus menghubungi penasihat undang-undang anda.
1. Am.
A. Perisian Apple (termasuk kod Boot ROM), mana-mana perisian pihak ketiga, dokumentasi, antara muka, kandungan, fon dan apa-apa data yang mengiringi Lesen ini (“Perisian Apple Asal”), sepertimana yang mungkin dikemaskinikan dengan atau digantikan oleh apa-apa penambahan ciri, kemas kini perisian, respons keselamatan, atau perisian pemulihan sistem yang disediakan oleh Apple untuk komputer berjenama Apple anda atau peranti persisian disokong (“Perubahan Perisian Apple”), sama ada diprapasang pada perkakasan berjenama Apple, pada storan dalaman, pada media boleh alih keluar, pada cakera, dalam ingatan baca sahaja, dalam apa-apa media lain atau dalam apa-apa bentuk lain (Perisian Apple Asal dan Perubahan Perisian Apple tersebut adalah secara kolektif dirujuk sebagai “Perisian Apple”), adalah dilesenkan, bukan dijualkan, kepada anda oleh Apple Inc. (“Apple”) hanya untuk penggunaan menurut terma Lesen ini. Apple dan/atau pemberi lesen Apple mengekalkan hak milik Perisian Apple sendiri dan memelihara semua hak yang tidak diberikan secara nyata kepada anda. Anda bersetuju bahawa terma Lesen ini akan digunakan terhadap mana-mana produk perisian aplikasi berjenama Apple yang mungkin diprapasang dalam perkakasan berjenama Apple anda, melainkan produk sedemikian diiringi oleh suatu lesen berasingan, dan dalam keadaan tersebut anda bersetuju bahawa terma lesen tersebut akan menguasai penggunaan produk tersebut oleh anda.
B. Apple, menurut budi bicaranya, mungkin akan menyediakan Perubahan Perisian Apple pada masa depan. Perubahan Perisian Apple, jika ada, tidak semestinya merangkumi kesemua ciri perisian tersedia ada atau ciri baru yang dikeluarkan oleh Apple untuk model komputer berjenama Apple yang lebih baharu atau yang lain. Terma Lesen ini akan menguasai apa-apa Perubahan Perisian Apple yang disediakan oleh Apple, melainkan Perubahan Perisian Apple sedemikian diiringi oleh suatu lesen berasingan, dan dalam keadaan tersebut terma lesen tersebut akan menguasai.
C. Hak milik dan hak harta intelek dalam dan terhadap apa-apa kandungan yang dipaparkan oleh atau diakses melalui Perisian Apple tersebut adalah kepunyaan pemilik kandungan masing-masing. Kandungan sedemikian mungkin dilindungi oleh hak cipta atau undang-undang dan triti harta intelek lain, dan mungkin tertakluk pada terma penggunaan pihak ketiga yang menyediakan kandungan sedemikian. Melainkan yang diperuntukkan dengan cara lain dalam ini, Lesen ini tidak memberi anda apa-apa hak untuk mengguna kandungan sedemikian, dan tidak memberi apa-apa jaminan bahawa kandungan sedemikian akan terus tersedia untuk anda. Anda dilarang daripada menerbitkan semula, menyampaikan semula dan mengeluarkan semula mana-mana imej yang diakses melalui News atau Maps sebagai fail kendiri.
2. Penggunaan Lesen yang Dibenarkan dan Pembatasan.
A. Lesen Salinan Tunggal Perisian Apple yang Diprapasang. Tertakluk pada terma dan syarat Lesen ini, melainkan anda memperoleh Perisian Apple tersebut daripada Mac App Store, melalui suatu muat turun automatik atau di bawah suatu lesen pukal, penyelenggaraan atau perjanjian bertulis lain daripada Apple, anda diberi satu lesen terhad dan tidak eksklusif untuk memasang, mengguna dan menjalankan satu (1) salinan Perisian Apple tersebut dalam satu komputer berjenama Apple pada satu masa. Sebagai contoh, terma lesen salinan tunggal ini akan digunakan terhadap anda sekiranya anda memperoleh Perisian Apple tersebut yang diprapasang pada perkakasan berjenama Apple.
B. Lesen Mac App Store. Sekiranya anda memperoleh satu lesen untuk Perisian Apple tersebut daripada Mac App Store atau melalui muat turun automatik, maka tertakluk pada terma dan syarat Lesen ini dan sepertimana yang dibenarkan oleh Peraturan Penggunaan Perkhidmatan dan Kandungan yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat Perkhidmatan Apple Media (https://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/my/terms.html) (“Peraturan Penggunaan”), anda diberi satu lesen yang terhad, tidak boleh dipindah milik, dan tidak eksklusif:
(i) untuk memuat turun, memasang, mengguna dan menjalankan bagi penggunaan peribadi dan bukan komersial, satu (1) salinan Perisian Apple tersebut secara langsung dalam setiap komputer berjenama Apple yang menggunakan macOS Ventura, macOS Monterey, macOS Big Sur, macOS Catalina, macOS Mojave atau macOS High Sierra (“Komputer Mac”) yang anda miliki atau kawal;
(ii) jika anda merupakan sebuah syarikat komersial atau institusi pendidikan, untuk memuat turun, memasang, mengguna dan menjalankan satu (1) salinan Perisian Apple tersebut untuk penggunaan sama ada: (a) oleh seorang individu tunggal dalam setiap Komputer Mac yang anda miliki atau kawal, atau (b) oleh berbilang individu dalam sebuah Komputer Mac kongsi yang anda miliki atau kawal. Sebagai contoh, seorang pekerja tunggal boleh menggunakan Perisian Apple tersebut pada Komputer Mac desktop dan juga Komputer Mac riba pekerja tersebut, atau berbilang pelajar boleh secara bersiri menggunakan Perisian Apple tersebut dalam sebuah Komputer Mac yang terletak di pusat sumber atau perpustakaan; dan
(iii) untuk memasang, mengguna dan menjalankan sehingga dua (2) salinan atau peristiwa tambahan Perisian Apple tersebut, atau mana-mana perisian sistem pengendalian macOS atau OS X terdahulu atau pengeluaran seterusnya Perisian Apple, dalam persekitaran sistem pengendalian maya dalam setiap komputer berjenama Apple yang anda miliki atau kawal yang telah menjalankan Perisian Apple tersebut, untuk tujuan: (a) pembangunan perisian; (b) ujian semasa pembangunan perisian; (c) menggunakan macOS Server; atau (d) kegunaan peribadi dan bukan komersial.
Melainkan sepertimana yang dibenarkan secara nyata dalam Bahagian 3, pemberian hak yang dinyatakan dalam Bahagian 2B(iii) di atas tidak membenarkan anda untuk menggunakan salinan atau peristiwa maya Perisian Apple tersebut berhubungan dengan biro perkhidmatan, perkongsian masa, perkongsian terminal atau jenis perkhidmatan lain yang serupa. Melainkan sepertimana yang dibenarkan secara nyata dalam Bahagian 2B ini, anda tidak boleh menggunakan Perisian Apple tersebut untuk menjalankan mana-mana perisian sistem pengendalian Apple, termasuk iOS, iPadOS, watchOS atau tvOS, dalam persekitaran sistem pengendalian maya pada Komputer Mac.
C. Lesen Pukal atau Penyelenggaraan. Sekiranya anda memperoleh Perisian Apple tersebut di bawah suatu program lesen pukal atau penyelenggaraan dengan Apple, terma lesen pukal atau penyelenggaraan anda akan menentukan bilangan salinan Perisian Apple tersebut yang anda dibenarkan untuk memuat turun, memasang, mengguna dan menjalankan pada komputer berjenama Apple yang anda miliki atau kawal. Melainkan sepertimana yang dipersetujui secara bertulis oleh Apple, semua terma dan syarat lain Lesen ini akan digunakan terhadap penggunaan Perisian Apple oleh anda yang diperoleh di bawah suatu lesen pukal atau penyelenggaraan.
D. Keperluan Sistem; Apple ID. Sila ambil perhatian bahawa Perisian Apple tersebut hanya disokong pada perkakasan berjenama Apple yang memenuhi keperluan sistem yang ditentukan seperti yang dinyatakan oleh Apple. Selanjutnya, penggunaan dan akses kepada ciri-ciri tertentu Perisian Apple tersebut dan Perkhidmatan tertentu (seperti yang didefinisikan dalam Bahagian 6) mungkin memerlukan anda memohon suatu kombinasi nama pengguna dan kata laluan unik, yang dikenali sebagai Apple ID.
E. Fon. Tertakluk pada terma dan syarat Lesen ini, anda boleh menggunakan fon yang termasuk bersama Perisian Apple tersebut untuk memaparkan dan mencetak kandungan semasa menjalankan Perisian Apple tersebut; walau bagaimanapun, anda hanya boleh membenamkan fon dalam kandungan sekiranya dibenarkan oleh pembatasan pembenaman yang mengiringi fon berkenaan. Pembatasan pembenaman ini boleh didapati dalam panel Buku Fon/Pratonton/Tunjukkan Maklumat Fon.
F. Suara; Kapsyen Langsung. Tertakluk pada terma dan syarat Lesen ini, anda boleh: (i) menggunakan suara sistem yang termasuk dalam Perisian Apple ("Suara Sistem") (1) semasa menjalankan Perisian Apple dan (2) bagi mencipta kandungan serta projek asal anda sendiri untuk kegunaan peribadi, bukan komersial anda; (ii) gunakan Kapsyen Langsung yang dijana secara automatik pada peranti dalam masa nyata oleh Perisian Apple ("Kapsyen Langsung"), sama ada dijana semasa panggilan FaceTime atau sebaliknya, hanya untuk kegunaan peribadi, bukan komersial anda; dan (iii) menggunakan ciri Suara Peribadi untuk mencipta suara pada peranti yang berbunyi seperti anda ("Suara Peribadi") menggunakan suara peribadi anda sendiri untuk kegunaan peribadi, bukan komersial anda. Tiada penciptaan atau penggunaan Suara Sistem, Kapsyen Langsung atau Suara Peribadi lain yang dibenarkan oleh Lesen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan, pengeluaran semula, paparan, pelaksanaan, rakaman, penerbitan atau pengedaran semula mana-mana Suara Sistem, Kapsyen Langsung atau Suara Peribadi dalam konteks untung, bukan untung, perkongsian awam atau komersial.
G. Ciri-ciri dan Sokongan Aplikasi Photos. Aplikasi Photos Perisian Apple tersebut (“Aplikasi Photos”) mungkin tidak menyokong sesetengah format video dan gambar. Penggunaan sesetengah ciri Aplikasi Photos akan bergantung pada ciri kamera anda. Penyegerakan gambar dengan Aplikasi Photos dan mana-mana perkhidmatan Apple atau pihak ketiga boleh menyebabkan kehilangan data. Grafik, muzik dan tema persembahan slaid yang termasuk bersama Aplikasi Photos tersebut hanyalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial dalam persembahan slaid yang anda cipta menggunakan Aplikasi Photos. Anda dilarang menggunakan, mengekstrak atau mengedar, sama ada secara komersial atau selainnya, atas dasar kendiri, apa-apa gambar, imej, grafik, hasil seni, audio, video atau aset yang serupa (“Bahan Digital”) yang terkandung dalam, atau tersedia sebagai sebahagian daripada, Aplikasi Photos tersebut, atau dengan cara lain menggunakan Bahan Digital tersebut di luar konteks tujuan penggunaan yang ditujukan untuk digunakan sebagai sebahagian Aplikasi Photos tersebut.
H. Ciri Cache Kandungan.
1. Setakat yang Apple dan/atau ahli gabungannya menyediakan perisian dan/atau kandungan tertentu untuk penghasilan cache (contohnya, kandungan yang boleh digunakan daripada Mac App Store) (“Kandungan Layak Apple”), ciri tertentu Perisian Apple tersebut (“Ciri Cache Kandungan” tersebut) mungkin akan secara automatik memuat turun dan menghasilkan cache Kandungan Layak Apple sedemikian secara setempat pada komputer berjenama Apple anda yang menjalankan Perisian Apple tersebut (untuk tujuan Bahagian ini, komputer berjenama Apple sedemikian dirujuk sebagai “Mac Diaktifkan Cache”). Dengan menggunakan Ciri Cache Kandungan tersebut, anda bersetuju bahawa Apple boleh memuat turun dan menghasilkan cache bagi Kandungan Layak Apple sedemikian pada Mac Diaktifkan Cache anda. Anda boleh mematikan Ciri Cache Kandungan Perisian Apple tersebut pada bila-bila masa dengan menuju ke Perkongsian di bawah Tetapan Sistem dalam Mac Diaktifkan Cache anda.
2. Ciri Cache Kandungan Perisian Apple tersebut hanyalah untuk digunakan pada sebuah Mac Diaktifkan Cache yang anda miliki atau kawal, dan hanya untuk tujuan mempercepat penghantaran Kandungan Layak Apple sedemikian kepada pengguna akhir yang dibenarkan dalam rumah, syarikat atau organisasi anda. Anda memahami bahawa pengguna sebegitu mungkin perlu mengesahkan dengan Apple secara berasingan sebelum menerima Kandungan Layak Apple tersebut dan bahawa penghantaran Kandungan Layak Apple yang dipercepat melalui penggunaan Mac Diaktifkan Cache anda tidak akan mengubah suai terma yang mengawal penerimaan Kandungan Layak Apple sedemikian oleh anda atau pengguna akhir anda.
3. Anda mengaku dan bersetuju bahawa kesemua penggunaan Kandungan Layak Apple tersebut adalah tertakluk pada terma lesen yang digunakan untuk mengawal jenis Kandungan Layak Apple yang dihasilkan cache. Terma ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Terma dan Syarat Perkhidmatan Apple Media, Terma dan Syarat iCloud, Perjanjian iTunes U Instructor, Perjanjian Lesen Perisian iTunes U, dan/atau terma pelesenan berkenaan yang mengiringi perisian yang dimuat turun, melainkan jika muat turun tersebut diiringi oleh perjanjian lesen berasingan yang tersendiri, dan dalam keadaan demikian, lesen berasingan tersebut akan digunakan. Senarai Perjanjian Lesen Perisian Apple (SLA) boleh didapati di sini: https://www.apple.com/legal/sla/. Anda mengaku dan bersetuju bahawa penggunaan Ciri Cache Kandungan tersebut dan penyimpanan Kandungan Layak Apple pada Mac Diaktifkan Cache anda tidak memindah apa-apa hak kepada anda yang melampaui hak yang diberikan kepada anda dalam terma lesen berkenaan untuk Kandungan Layak Apple tersebut dan tidak mewujudkan sesuatu pemberian, penepian atau pengehadan lain berkenaan apa-apa hak Apple atau mana-mana pemilik hak cipta lain dalam apa-apa Kandungan Layak Apple.
4. Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan Mac Diaktifkan Cache anda bersama Ciri Cache Kandungan tersebut diaktifkan pada rangkaian yang anda tidak miliki atau kawal (atau yang anda tidak dibenarkan di sisi undang-undang untuk menggunakan untuk tujuan sedemikian), atau untuk membenarkan akses kepada Kandungan Layak Apple sedemikian daripada pengguna akhir di luar rumah, syarikat atau organisasi anda. Anda bersetuju untuk hanya menggunakan Ciri Cache Kandungan tersebut untuk kegunaan peribadi anda dan bukan untuk apa-apa penggunaan komersial, atau untuk kegunaan dalaman syarikat atau organisasi anda, dan hanya seperti yang dibenarkan secara nyata dalam Lesen ini. Anda tidak boleh menyediakan perkhidmatan kepada pihak ketiga yang mengintegrasi atau memanfaatkan perkhidmatan atau maklumat yang diberikan oleh Ciri Cache Kandungan tersebut atau yang menggunakan Ciri Cache Kandungan tersebut dalam apa-apa cara.
5. Dengan mendayakan Ciri Cache Kandungan Perisian Apple tersebut, anda bersetuju bahawa Apple boleh menyimpan, memantau dan melindungi Kandungan Layak Apple tersebut dalam Mac Diaktifkan Cache anda, dan boleh mengumpul dan menggunakan maklumat teknikal berkenaan Mac Diaktifkan Cache anda dan rangkaian berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pengenal pasti perkakasan dan alamat IP, untuk tujuan sedemikian. Anda bersetuju untuk tidak menyahdayakan, menggendalakan, menggodam, memintasi atau dengan cara lain mengganggu mekanisme penentusahan, penyimpanan atau pengesahan Apple, tandatangan digital, pengurusan hak digital, atau mekanisme keselamatan lain yang telah dilaksanakan dalam atau oleh Perisian Apple tersebut, perkhidmatan, Kandungan Layak Apple tersebut, atau perisian atau teknologi Apple lain, atau membolehkan orang lain untuk berbuat demikian.
6. Apple memelihara hak untuk menghentikan penyediaan Kandungan Layak Apple untuk cache dalam Mac Diaktifkan Cache anda (contohnya, kandungan tertentu yang mungkin anda telah hasilkan cache sebelum ini mungkin tidak akan tersedia untuk cache seterusnya) dan untuk menghapuskan mana-mana Kandungan Layak Apple yang telah dihasilkan cache daripada Mac Diaktifkan Cache anda pada bila-bila masa menurut budi bicaranya semata-mata, dan Apple tidak menanggung apa-apa liabiliti kepada anda dalam keadaan sedemikian. Anda memahami bahawa penghasilan cache bagi Kandungan Layak Apple sedemikian mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau. Anda boleh mengalih keluar Kandungan Layak Apple yang dihasilkan cache dan menyahdayakan Ciri Cache Kandungan tersebut pada bila-bila masa.
I. Sambungan Desktop Jauh. Tertakluk pada terma dan syarat Lesen ini, apabila menyambung dari jauh daripada komputer atau peranti elektronik lain (tiap-tiap satu “Peranti”) kepada komputer berjenama Apple yang menjalankan Perisian Apple tersebut (untuk tujuan Bahagian ini, komputer berjenama Apple sedemikian dirujuk sebagai “Home Mac”), sama ada melalui ciri Perkongsian Skrin atau melalui apa-apa cara lain:
(i) hanya satu (1) Peranti boleh disambung dari jauh pada satu masa, sama ada secara langsung atau tidak langsung, untuk mengawal sesi desktop grafik bagi Perisian Apple tersebut yang dijalankan dan dipaparkan pada Home Mac; dan
(ii) bilangan Peranti yang munasabah boleh disambung dari jauh pada masa yang sama untuk tujuan semata-mata bagi memperhatikan secara serentak sesi grafik desktop Perisian Apple tersebut yang sama dan yang sedang dijalankan dan dipaparkan pada Home Mac, dengan syarat Peranti tersebut tidak mengawal Perisian Apple tersebut dalam apa-apa cara; tetapi
(iii) hanya satu (1) Peranti berjenama Apple boleh disambung dari jauh pada satu masa, sama ada secara langsung atau tidak langsung, untuk mengawal suatu sesi grafik desktop berasingan Perisian Apple tersebut, yang berlainan daripada sesi yang sedang dijalankan dan dipaparkan pada Home Mac, dan sambungan sedemikian hanya boleh dibuat melalui ciri Perkongsian Skrin Perisian Apple tersebut.
Melainkan sepertimana yang dibenarkan secara nyata dalam Bahagian 2I atau Bahagian 3 ini, atau melainkan dilesenkan secara lain oleh Apple, anda bersetuju untuk tidak menggunakan Perisian Apple tersebut, atau apa-apa kefungsian perisian, berhubungan dengan biro perkhidmatan, perkongsian masa, perkongsian terminal atau jenis perkhidmatan lain yang serupa, sama ada perkhidmatan sedemikian disediakan dalam organisasi anda atau kepada pihak ketiga.
J. Pembatasan Penggunaan Lain. Pemberian hak yang dinyatakan dalam Lesen ini tidak membenarkan anda untuk, dan anda bersetuju untuk tidak, memasang, menggunakan atau menjalankan Perisian Apple tersebut pada mana-mana komputer bukan berjenama Apple, atau membolehkan orang lain untuk berbuat demikian. Anda bersetuju untuk tidak menyingkirkan, mengaburkan, atau mengubahsuaikan mana-mana notis proprietari (termasuk notis cap dagang dan hak cipta) yang mungkin terdapat pada atau terkandung dalam Perisian Apple. Melainkan sebagaimana yang dibenarkan oleh terma Lesen ini atau dilesenkan dengan cara lain oleh Apple: (i) hanya satu pengguna dibenarkan untuk menggunakan Perisian Apple tersebut pada satu masa, dan (ii) anda tidak boleh menyebabkan Perisian Apple tersebut tersedia melalui mana-mana rangkaian yang Perisian Apple tersebut boleh dijalankan atau digunakan oleh berbilang komputer pada masa yang sama. Melainkan sepertimana yang dibenarkan secara nyata dalam Bahagian 3, anda tidak boleh menyewakan, memajak, meminjamkan, menjual, mengedar semula atau memberi sublesen Perisian Apple tersebut.
K. Salinan Sandaran. Anda boleh membuat satu salinan Perisian Apple tersebut (tidak termasuk kod Boot ROM dan perisian tegar Apple lain yang terbenam atau selainnya terkandung dalam perkakasan berjenama Apple) dalam bentuk yang boleh dibaca mesin untuk tujuan sandar sahaja; dengan syarat salinan sandar tersebut mesti termasuk semua notis hak cipta atau notis proprietari lain yang terkandung dalam salinan asal. Kod Boot ROM dan perisian tegar Apple disediakan hanya untuk penggunaan pada perkakasan berjenama Apple dan anda tidak boleh menyalin, mengubah suai atau mengedarkan semula kod Boot ROM atau perisian tegar Apple, atau mana-mana bahagian daripada yang tersebut.
L. Penghijrahan Perisian Sedia Ada. Sekiranya anda menggunakan Setup/Migration Assistant untuk memindahkan perisian dari satu komputer berjenama Apple ke komputer berjenama Apple yang lain, sila ingat bahawa penggunaan berterusan salinan asal perisian tersebut mungkin dilarang apabila satu salinan telah dipindahkan kepada komputer lain, melainkan jika anda telah memperoleh satu lagi salinan berlesen perisian sedemikian dalam kedua-dua komputer. Anda harus menyemak perjanjian lesen perisian yang berkaitan untuk terma dan syarat yang digunakan. Perisian dan perkhidmatan pihak ketiga mungkin tidak serasi dengan Perisian Apple ini dan pemasangan Perisian Apple ini boleh menjejaskan ketersediaan dan kebolehgunaan perisian atau perkhidmatan pihak ketiga sedemikian.
M. Sumber Terbuka. Komponen Perisian Apple tertentu, dan program sumber terbuka pihak ketiga yang termasuk bersama Perisian Apple tersebut, telah atau mungkin akan disediakan oleh Apple pada laman web Sumber Terbukanya (https://www.opensource.apple.com/) (secara kolektif “Komponen Sumber Terbuka”). Anda boleh mengubah suai atau menggantikan Komponen Sumber Terbuka ini sahaja; dengan syarat: (i) hasil Perisian Apple yang diubah suai tersebut digunakan, sebagai ganti Perisian Apple yang tidak diubah suai tersebut, pada komputer-komputer berjenama Apple yang anda miliki atau kawal, asalkan komputer Apple sedemikian masing-masing mempunyai satu salinan Perisian Apple tersebut yang berlesen sewajarnya; dan (ii) anda selainnya mematuhi terma Lesen ini dan apa-apa terma pelesenan yang menguasai penggunaan Komponen Sumber Terbuka tersebut. Apple tidak diwajibkan untuk menyediakan apa-apa pengemaskinian, penyelenggaraan, waranti, sokongan teknikal atau sokongan lain, atau perkhidmatan untuk hasilan Perisian Apple tersebut yang diubah suai. Anda mengaku secara nyata bahawa jika terdapat kegagalan atau kerosakan kepada perkakasan Apple yang diakibatkan oleh pengubahsuaian Komponen Sumber Terbuka Perisian Apple tersebut, kegagalan atau kerosakan sedemikian dikecualikan daripada terma waranti perkakasan Apple tersebut.
N. Kejuruteraan Undur Dilarang. Anda tidak boleh, dan anda bersetuju untuk tidak, atau tidak membolehkan orang lain untuk, menyalin (melainkan sepertimana yang dibenarkan secara nyata oleh Lesen ini atau oleh Peraturan Penggunaan jika berkenaan dengan anda), menyahsusun, melakukan kejuruteraan undur, menyahhimpun, mencuba memperoleh kod sumber, menyahsulit, mengubah suai atau menghasilkan karya terbitan berdasarkan Perisian Apple tersebut atau mana-mana perkhidmatan yang disediakan oleh Perisian Apple tersebut, atau mana-mana bahagian daripadanya (melainkan sepertimana dan hanya setakat mana-mana syarat pembatasan terdahulu dilarang oleh undang-undang yang digunakan atau oleh terma lesen yang menguasai penggunaan Komponen Sumber Terbuka yang mungkin termasuk bersama Perisian Apple tersebut).
O. Pematuhan Undang-undang. Anda bersetuju untuk mengguna Perisian Apple tersebut dan Perkhidmatan tersebut (seperti yang didefinisikan dalam Bahagian 6 di bawah) dengan cara yang mematuhi semua undang-undang yang digunakan, termasuk undang-undang tempatan negara atau rantau di tempat anda menetap atau di tempat anda memuat turun atau menggunakan Perisian Apple dan Perkhidmatan tersebut. Ciri-ciri Perisian Apple dan Perkhidmatan mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau dan sesetengah ciri mungkin berbeza mengikut rantau. Sambungan Internet diperlukan untuk sesetengah ciri Perisian Apple dan Perkhidmatan.
P. Perisian Pihak Ketiga. Apple telah menyediakan sebagai sebahagian pakej Perisian Apple tersebut, dan mungkin menyediakan sebagai suatu tatar, kemas kini atau tambahan kepada Perisian Apple tersebut, akses kepada perisian atau perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga yang tertentu sebagai suatu kemudahan. Setakat yang Perisian Apple tersebut mengandungi atau menyediakan akses kepada mana-mana perisian atau perkhidmatan pihak ketiga, Apple tidak mempunyai kewajipan nyata atau tersirat untuk menyediakan apa-apa sokongan teknikal atau sokongan lain untuk perisian atau perkhidmatan sedemikian. Sila hubungi penjual, pengilang atau pembekal perkhidmatan perisian yang sewajarnya secara langsung untuk sokongan teknikal dan perkhidmatan pelanggan yang berkaitan dengan perisian, perkhidmatan dan/atau produknya.
Q. Perubahan Perisian Apple. Perisian Apple akan secara berkala merujuk kepada Apple untuk Perubahan Perisian Apple. Jika perubahan tersedia, perubahan itu boleh dimuat turun dan dipasang secara automatik pada komputer anda dan, jika berkenaan, peranti persisian anda. Dengan menggunakan Perisian Apple, anda bersetuju bahawa Apple boleh memuat turunkan dan memasangkan Perubahan Perisian Apple pada komputer anda dan peranti persisian anda. Anda boleh mematikan kemas kini sistem pengendalian automatik dan Respons Keselamatan Pantas pada bila-bila masa dengan menyelaraskan tetapan yang ditemukan dalam Tetapan Sistem > Kemas Kini Perisian > Lanjutan.
R. Watak Sistem. Tertakluk pada terma dan syarat Lesen ini, anda boleh menggunakan watak Memoji yang termasuk dalam atau dihasilkan dengan Perisian Apple tersebut (“Watak Sistem”): (i) semasa menjalankan Perisian Apple tersebut dan (ii) untuk menghasilkan apa-apa kandungan dan projek asal anda untuk penggunaan peribadi anda sahaja dan bukan untuk apa-apa penggunaan komersial. Tiada penggunaan Watak Sistem yang lain dibenarkan oleh Lesen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan, pengeluaran semula, pemaparan, persembahan, perakaman, penerbitan atau pengedaran semula mana-mana Watak Sistem tersebut dalam apa-apa konteks untung, bukan untung, perkongsian awam atau komersial.
3. Pemajakan untuk Perkhidmatan Pembangun yang Dibenarkan.
A. Pemajakan. Anda boleh memajak atau memberikan subpajakan kepada mana-mana versi Perisian Apple yang dilesenkan secara sah pada keseluruhannya kepada mana-mana individu atau organisasi (tiap-tiap, satu “Pemajak”) dengan syarat semua syarat berikut dipenuhi:
(i) Perisian Apple yang dipajak tersebut mesti digunakan untuk tujuan tunggal menyediakan Perkhidmatan Pembangun yang Dibenarkan dan setiap Pemajak mesti mengkaji semula dan bersetuju untuk terikat pada terma Lesen ini;
(ii) setiap tempoh pemajakan mestilah untuk tempoh minimum dua puluh empat (24) jam berturut-turut;
(iii) sepanjang tempoh pemajakan, Pemajak Pengguna Akhir mesti mempunyai penggunaan dan pengawalan tunggal dan eksklusif berkenaan Perisian Apple tersebut dan perkakasan berjenama Apple di tempat Perisian Apple tersebut dipasangkan, kecuali bahawa anda, sebagai pihak yang memajak Perisian Apple tersebut (“Pemberi Pajak”), boleh menyediakan bantuan tadbir (administrative support) untuk Perisian Apple tersebut; dan
(iv) sebelum menggunakan Perisian Apple tersebut, Pemajak Pengguna Akhir tersebut mesti mengkaji semula dan bersetuju untuk terikat pada terma yang digunakan terhadap mana-mana perisian yang diprapasang dalam Perisian Apple tersebut, termasuk, tetapi tidak terhad kepada perisian pembangun Xcode Apple dan mana-mana perisian Apple atau pihak ketiga yang lain.
Untuk tujuan Bahagian 3 ini: (A) Pemajak Pengguna Akhir bermaksud seorang Pemajak yang merupakan pengguna akhir yang akhirnya menggunakan Perisian Apple yang dipajak hanya untuk Perkhidmatan Pembangun yang Dibenarkan; dan (B) Perkhidmatan Pembangun yang Dibenarkan bermaksud perkhidmatan integrasi yang berterusan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembangunan perisian, pembinaan perisian dari sumber, ujian berautomatik semasa pembangunan perisian, dan menjalankan alatan pembangun yang diperlukan untuk menyokong aktiviti sedemikian. Setiap Pemberi Pajak mesti memberikan notis terdahulu kepada Apple sebelum memajakkan atau memberikan subpajakan kepada Perisian Apple tersebut menurut Bahagian 3 ini dengan menghubungi Perhubungan Pembinaan Apple (https://developer.apple.com/contact/macos-license/).
B. Memberikan subpajakan. Seorang Pemajak boleh selanjutnya memberikan subpajakan kepada Perisian Apple tersebut menurut Bahagian 3 ini dengan syarat Pemajak sedemikian mematuhi semua terma Bahagian 3 ini. Seorang Pemajak yang memberi subpajakan kepada Perisian Apple tersebut (yang juga akan dianggap sebagai seorang Pemberi Pajak di bawah Bahagian 3 ini) mesti dengan sepenuhnya melepaskan penggunaan dan pengawalan eksklusif berkenaan Perisian Apple tersebut dan perkakasan berjenama Apple yang Perisian Apple tersebut dipasangkan kepada Pemajak sepanjang tempoh pajakan.
C. Penguatkuasaan. Sebagai seorang Pemberi Pajak, anda akan bertanggungjawab untuk: (i) memastikan bahawa setiap Pemajak mematuhi keperluan Bahagian 3 ini; (ii) memastikan bahawa setiap Pemajak bersetuju kepada semua terma lesen yang digunakan; dan (iii) membantu Apple dalam menguatkuasakan pematuhan terma tersebut. Sekiranya seseorang Pemajak melanggar Lesen ini atau terma lesen Apple berkenaan yang lain, hak mereka untuk menggunakan Perisian Apple tersebut akan ditamatkan secara automatik dan anda bersetuju untuk menamatkan penggunaan Perisian Apple tersebut oleh Pemajak sedemikian dengan serta-merta setelah anda mendapat tahu tentang pelanggaran sedemikian atau setelah mendapat notis bertulis daripada Apple berkenaan pelanggaran sedemikian.
D. Kemayaan. Untuk setiap salinan Perisian Apple tersebut yang tertakluk pada suatu pajakan di bawah Bahagian 3 ini, Pemberi Pajak atau Pemajak (tetapi bukan kedua-duanya) boleh memasangkan, menggunakan, dan menjalankan salinan atau peristiwa tambahan Perisian Apple tersebut dalam persekitaran sistem pengendalian maya menurut Bahagian 2B(iii), dengan syarat Pemberi Pajak hanya boleh memayakan satu peristiwa atau salinan Perisian Apple sebagai suatu alatan peruntukkan untuk tujuan menyediakan akses kepada dan penggunaan Perisian Apple tersebut kepada satu Pemajak menurut Bahagian 3 ini.
E. Konfigurasi Sistem. Sekiranya anda seorang Pemajak, anda mengaku bahawa Perisian Apple tersebut mungkin telah dikonfigurasi sebelum ini oleh Pemberi Pajak yang memajak Perisian Apple tersebut kepada anda, termasuk pilihan tetapan untuk Analitis, Perkhidmatan Lokasi, dan ciri-ciri keselamatan, privasi dan ciri-ciri berkaitan dengan pengumpulan data yang lain. Anda mengaku dan bersetuju bahawa Apple tidak bertanggungjawab untuk konfigurasi Perisian Apple oleh Pemberi Pajak tersebut.
4. Pemindahan.
A. Sekiranya anda memperoleh Perisian Apple tersebut yang diprapasang dalam perkakasan berjenama Apple atau sekiranya anda memperoleh lesen anda untuk Perisian Apple tersebut daripada Mac App Store atau melalui satu kemas kini perisian, anda boleh memindahkan secara kekal kepada pihak lain segala hak lesen anda kepada Perisian Apple tersebut (dalam bentuk asalnya seperti yang disediakan oleh Apple) untuk sekali sahaja, dengan syarat: (i) Perisian Apple tersebut dipindahkan bersama dengan perkakasan berjenama Apple anda; (ii) pemindahan tersebut mesti termasuk keseluruhan Perisian Apple tersebut, termasuk kesemua bahagian komponennya dan Lesen ini; (iii) anda tidak menyimpan mana-mana salinan Perisian Apple tersebut, sama ada salinan penuh atau separa, termasuk salinan yang disimpan dalam komputer atau peranti storan lain; dan (iv) pihak yang menerima Perisian Apple tersebut membaca dan bersetuju untuk menerima terma dan syarat Lesen ini. Untuk tujuan Lesen ini, sekiranya Apple menyediakan sesuatu kemas kini (contohnya versi 10.14 ke 10.14.1) untuk Perisian Apple tersebut, kemas kini itu akan dianggap sebagai sebahagian daripada Perisian Apple tersebut dan tidak boleh dipindah milik secara berasingan daripada versi pra-kemas kini Perisian Apple tersebut.
B. Anda tidak boleh memindah mana-mana Perisian Apple yang telah diubahsuaikan atau digantikan di bawah Bahagian 2M di atas. Semua komponen Perisian Apple tersebut disediakan sebagai sebahagian daripada satu berkas dan tidak boleh diasingkan daripada berkas tersebut dan diedarkan sebagai aplikasi kendiri. Sila ambil perhatian bahawa Perisian Apple tersebut yang disediakan dengan sebuah produk perkakasan berjenama Apple tertentu mungkin tidak boleh dijalankan dalam model perkakasan berjenama Apple lain.
C. Mana-mana salinan Perisian Apple tersebut yang mungkin disediakan oleh Apple untuk tujuan promosi, penilaian, diagnostik atau pemulihan hanya boleh digunakan untuk tujuan sedemikian dan tidak boleh dijual semula atau dipindahkan.
5. Kebenaran untuk Menggunakan Data. Ciri-ciri tertentu seperti Analitis, Perkhidmatan Lokasi, Siri, Pengimlakan dan Spotlight mungkin memerlukan maklumat daripada komputer anda untuk menyediakan fungsi masing-masing. Apabila anda memasangkan atau menggunakan ciri sedemikian, butir akan diberikan mengenai jenis maklumat yang dihantar kepada Apple dan bagaimana maklumat tersebut mungkin digunakan. Anda boleh mengetahui lebih lanjut dengan melawati https://www.apple.com/my/privacy/. Pada sepanjang masa, maklumat anda akan dikendalikan menurut Dasar Privasi Apple, yang boleh dirujuk di: https://www.apple.com/legal/privacy/my/.
6. Perkhidmatan dan Bahan Pihak Ketiga.
A. Am. Perisian Apple tersebut mungkin membolehkan akses kepada iTunes Store, Mac App Store, Apple Books, Game Center, iCloud, Maps, News Apple dan perkhidmatan dan laman web Apple dan pihak ketiga lain (secara kolektif dan individu, “Perkhidmatan”). Penggunaan Perkhidmatan ini memerlukan akses Internet dan penggunaan Perkhidmatan tertentu mungkin memerlukan Apple ID, dan mungkin memerlukan anda menerima terma tambahan dan mungkin tertakluk pada yuran tambahan. Dengan menggunakan perisian ini berhubungan dengan Apple ID, atau Perkhidmatan Apple lain, anda bersetuju dengan terma perkhidmatan yang digunakan terhadap Perkhidmatan tersebut, seperti Terma dan Syarat Perkhidmatan Media Apple terkini untuk negara atau rantau yang anda mengakses Perkhidmatan sedemikian, yang anda boleh mengakses dan mengkaji semula di https://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/my/terms.html.
B. Sekiranya anda mendaftar untuk iCloud, ciri-ciri iCloud tertentu seperti “iCloud Drive”, “Shared Albums” dan “Find My” boleh diakses secara langsung dari Perisian Apple tersebut. Anda mengaku dan bersetuju bahawa penggunaan iCloud anda dan ciri-ciri ini adalah tertakluk pada terma dan syarat terkini perkhidmatan iCloud, yang boleh anda akses dan semak pada: https://www.apple.com/legal/internet-services/icloud/my/terms.html.
C. Kandungan Aplikasi News. Penggunaan kandungan yang diakses melalui aplikasi News oleh anda adalah terhad semata-mata kepada penggunaan peribadi dan bukan komersial, tidak memindahkan mana-mana kepentingan pemilikan kepada anda dalam kandungan tersebut, dan secara khususnya tidak termasuk, tanpa had, mana-mana hak penggunaan komersial atau promosi dalam kandungan sedemikian.
D. Maps. Perkhidmatan peta dan ciri-ciri Perisian Apple tersebut (“Maps”), termasuk liputan data peta, mungkin berbeza mengikut rantau. Apabila anda menghidupkan atau menggunakan Maps, butiran akan diberikan berkenaan maklumat yang dihantar kepada Apple dan cara maklumat tersebut mungkin digunakan. Anda mengaku dan bersetuju bahawa penggunaan Maps oleh anda tertakluk pada terma dan syarat perkhidmatan Maps terkini, yang anda boleh mengakses dan mengkaji semula di bar sisi aplikasi Maps.
E. Anda memahami bahawa dengan menggunakan mana-mana Perkhidmatan tersebut, anda mungkin berhadapan dengan kandungan yang mungkin dianggap menjelikkan, tidak senonoh, atau tidak menyenangkan, kandungan perkhidmatan yang mungkin atau mungkin tidak dikenal pasti mengandungi bahasa kesat, dan bahawa hasil apa-apa carian atau memasukkan URL tertentu boleh secara automatik dan dengan tidak sengaja menjana pautan atau rujukan kepada bahan yang tidak menyenangkan. Walau bagaimanapun, anda bersetuju untuk menanggung segala risiko berkenaan penggunaan Perkhidmatan tersebut dan bahawa Apple, pihak gabungannya, ejennya, prinsipalnya, atau pemberi lesennya tidak akan bertanggungjawab terhadap anda untuk kandungan yang mungkin didapati menjelikkan, tidak senonoh, atau tidak menyenangkan.
F. Perkhidmatan tertentu mungkin memaparkan, termasuk atau menyediakan kandungan, data, maklumat, aplikasi atau bahan daripada pihak ketiga (“Bahan Pihak Ketiga”) atau menyediakan pautan kepada laman web pihak ketiga tertentu. Dengan menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda mengakui dan bersetuju bahawa Apple tidak bertanggungjawab untuk memeriksa atau menilai kandungan, ketepatan, kelengkapan, kekinian, kesahihan, pematuhan hak cipta, kesahan, kesopanan, kualiti atau mana-mana aspek Bahan Pihak Ketiga atau laman web sedemikian. Apple, kakitangan, pihak gabungan dan anak syarikat Apple tidak menjamin atau menyokong dan tidak menerima dan tidak akan mempunyai apa-apa liabiliti atau tanggungjawab terhadap anda atau sesiapa orang lain untuk, apa-apa Perkhidmatan pihak ketiga, Bahan Pihak Ketiga, atau laman web, atau untuk apa-apa bahan, produk, atau perkhidmatan lain pihak ketiga. Bahan Pihak Ketiga dan pautan kepada laman web lain adalah disediakan hanya untuk kemudahan anda.
G. Apple atau pembekal kandungannya tidak menjamin ketersediaan, ketepatan, kelengkapan, kebolehpercayaan atau kekinian maklumat saham, data lokasi, maklumat kesihatan atau mana-mana data lain yang dipaparkan oleh mana-mana Perkhidmatan. Maklumat kewangan yang dipaparkan oleh mana-mana Perkhidmatan adalah untuk tujuan maklumat am sahaja dan tidak harus digunakan sebagai nasihat pelaburan. Sebelum melaksanakan apa-apa transaksi sekuriti berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui Perkhidmatan tersebut, anda harus berunding dengan profesional kewangan atau sekuriti yang berkelayakan secara sah di sisi undang-undang untuk memberi nasihat kewangan atau sekuriti di negara atau rantau anda. Data lokasi yang disediakan oleh mana-mana Perkhidmatan, termasuk perkhidmatan Apple Maps, adalah untuk tujuan panduan arah asas dan/atau tujuan perancangan sahaja dan tidak bertujuan untuk diguna pakai dalam situasi di mana maklumat lokasi tepat diperlukan atau data lokasi yang salah, tidak tepat, kelewatan masa atau tidak lengkap mungkin akan menyebabkan maut, kecederaan diri, kerosakan harta atau alam sekitar. Anda bersetuju bahawa, hasil yang anda terima daripada perkhidmatan Maps mungkin berbeza daripada keadaan jalan raya atau rupa bumi sebenar oleh sebab faktor yang boleh menjejaskan ketepatan data Maps, seperti, tetapi tidak terhad kepada, cuaca, keadaan jalan raya dan trafik, dan peristiwa geopolitik. Untuk keselamatan anda, sentiasa berikan perhatian kepada papan tanda jalan raya dan keadaan jalan raya semasa. Ikutilah amalan pandu cermat dan peraturan lalu lintas, dan sila ambil perhatian bahawa arahan untuk penunggang basikal dan pejalan kaki mungkin tidak termasuk laluan yang ditetapkan.
H. Setakat yang anda memuat naik apa-apa kandungan dengan menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda mewakili bahawa anda memiliki kesemua hak dalam, atau mempunyai kebenaran atau selainnya dibenarkan di sisi undang-undang untuk memuat naik, kandungan sedemikian dan bahawa kandungan sedemikian tidak melanggar mana-mana terma perkhidmatan yang digunakan terhadap Perkhidmatan tersebut. Anda bersetuju bahawa Perkhidmatan tersebut mengandungi kandungan, maklumat dan bahan proprietari yang dimiliki oleh Apple, pemilik laman atau pemberi lesen mereka, dan dilindungi oleh undang-undang harta intelek dan undang-undang lain yang terpakai, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan kandungan, maklumat atau bahan proprietari sedemikian selain penggunaan Perkhidmatan yang dibenarkan, atau dalam apa-apa cara yang bercanggah dengan terma Lesen ini atau yang melanggar mana-mana hak harta intelek pihak ketiga atau Apple. Kesemua bahagian Perkhidmatan tidak boleh dihasilkan semula dalam apa-apa bentuk atau dalam apa-apa cara. Anda bersetuju untuk tidak mengubah suai, menyewakan, memajakkan, meminjamkan, menjualkan, mengedarkan, atau menghasilkan karya terbitan berdasarkan Perkhidmatan, dalam mana-mana cara, dan anda tidak boleh mengeksploit Perkhidmatan dalam mana-mana cara yang tidak dibenarkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, menggunakan Perkhidmatan untuk menghantar apa-apa virus komputer, cecacing, trojan atau perisian hasad lain, atau dengan menceroboh atau membebani kapasiti rangkaian. Anda bersetuju selanjutnya untuk tidak menggunakan Perkhidmatan dalam mana-mana cara yang mengganggu, menyalah guna, menghendap, mengancam, memfitnah atau sebaliknya melanggar atau mencabul hak-hak mana-mana pihak lain, dan bahawa Apple tidak bertanggungjawab dalam mana-mana cara untuk mana-mana penggunaan anda yang sedemikian, atau untuk apa-apa mesej atau hantaran yang mengganggu, mengancam, memfitnah, menjelikkan, atau mesej atau hantaran yang melanggar atau menyalahi undang-undang yang mungkin anda terima sebagai akibat menggunakan mana-mana Perkhidmatan.
I. Selanjutnya, Perkhidmatan dan Bahan Pihak Ketiga sedemikian mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau dalam semua negara atau rantau. Apple tidak membuat representasi bahawa Perkhidmatan dan Bahan Pihak Ketiga sedemikian adalah bersesuaian atau tersedia untuk digunakan di mana-mana lokasi tertentu. Setakat yang anda pilih untuk menggunakan atau mengakses Perkhidmatan atau Bahan Pihak Ketiga sedemikian, anda berbuat demikian atas inisiatif anda sendiri dan anda bertanggungjawab untuk pematuhan dengan apa-apa undang-undang terpakai, termasuk tetapi tidak terhad kepada undang-undang tempatan dan undang-undang privasi dan pengumpulan data yang berkenaan. Apple dan pemberi lesen Apple berhak untuk mengubah, menggantung, membuang, atau melumpuhkan akses kepada mana-mana Perkhidmatan pada bila-bila masa tanpa notis. Dalam apa-apa jua keadaan, Apple tidak akan bertanggungjawab untuk pelucutan atau kelumpuhan akses kepada mana-mana Perkhidmatan sedemikian. Apple juga boleh mengehadkan penggunaan atau akses kepada Perkhidmatan tertentu, dalam apa jua kes dan tanpa notis atau liabiliti.
7. Penamatan. Lesen ini berkuat kuasa sehingga ditamatkan. Hak-hak anda di bawah Lesen ini akan ditamatkan secara automatik atau sebaliknya berhenti berkuat kuasa tanpa notis daripada Apple sekiranya anda gagal untuk mematuhi mana-mana terma Lesen ini. Sebaik sahaja Lesen ini tamat, anda mesti hentikan semua penggunaan Perisian Apple dan menghapuskan semua salinan Perisian Apple, sama ada salinan penuh atau separa. Bahagian 5, 6, 7, 8, 9, 10, 12, 13 dan 14 Lesen ini akan terus berkuat kuasa selepas mana-mana penamatan sedemikian.
8. Penolakan Tuntutan Waranti.
A. Sekiranya anda seorang pelanggan yang merupakan seorang pengguna (seseorang yang menggunakan Perisian Apple di luar bidang perdagangan, perniagaan atau profesion anda), anda mungkin mempunyai hak-hak dari segi undang-undang di negara tempat anda menetap yang melarang had-had berikut daripada digunakan terhadap anda, dan di tempat had-had tersebut dilarang, had-had tersebut tidak akan digunakan terhadap anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hak, anda seharusnya menghubungi suatu organisasi penasihat pengguna tempatan.
B. ANDA MENGAKU DAN BERSETUJU SECARA NYATA BAHAWA, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, RISIKO MENGGUNAKAN PERISIAN APPLE DAN SEBARANG PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN OLEH ATAU DIAKSES MELALUI PERISIAN APPLE, DITANGGUNG ANDA SENDIRI DAN BAHAWA SEGALA RISIKO BERKENAAN KEPUASAN KUALITI, PRESTASI, KETEPATAN DAN USAHA DITANGGUNG OLEH ANDA.
C. SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAKAN, PERISIAN APPLE DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT ADALAH DISEDIAKAN “SEPERTI SEDIA ADA” DAN “SEPERTI TERSEDIA”, DENGAN SEGALA KEROSAKAN/KECACATAN DAN TANPA WARANTI WALAU APA-APA JENIS SEKALIPUN, DAN APPLE SERTA PEMBERI LESEN APPLE (SECARA KOLEKTIF DIRUJUK SEBAGAI “APPLE” UNTUK TUJUAN BAHAGIAN 8 DAN 9) DENGAN INI MENOLAK TUNTUT SEMUA WARANTI DAN SYARAT BERKENAAN DENGAN PERISIAN APPLE DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT, SAMA ADA SECARA NYATA, TERSIRAT ATAU STATUTORI, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, WARANTI TERSIRAT DAN/ATAU SYARAT BERKENAAN KEBOLEHDAGANGAN, KEPUASAN KUALITI, KESESUAIAN UNTUK MANA-MANA TUJUAN TERTENTU, KETEPATAN, KENIKMATAN AMAN SENTOSA, DAN KETIADAAN PERLANGGARAN HAK PIHAK KETIGA.
D. APPLE TIDAK MENJAMIN BAHAWA TIDAK AKAN ADA APA-APA GANGGUAN TERHADAP PENGGUNAAN PERISIAN APPLE DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT OLEH ANDA, BAHAWA KEFUNGSIAN YANG TERKANDUNG DALAM, ATAU PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN ATAU DISEDIAKAN OLEH, PERISIAN APPLE TERSEBUT AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA, BAHAWA PENGOPERASIAN PERISIAN APPLE DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT TIDAK AKAN DIGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA RALAT, BAHAWA MANA-MANA PERKHIDMATAN AKAN TERUS TERSEDIA, BAHAWA KEROSAKAN/KECACATAN DALAM PERISIAN APPLE ATAU PERKHIDMATAN TERSEBUT AKAN DIPERBETULKAN, ATAU BAHAWA PERISIAN APPLE DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT AKAN SERASI ATAU BERFUNGSI DENGAN MANA-MANA PERISIAN PIHAK KETIGA, APLIKASI ATAU PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA. PEMASANGAN PERISIAN APPLE INI MUNGKIN MENJEJASKAN KETERSEDIAAN DAN KEBOLEHGUNAAN PERISIAN PIHAK KETIGA, APLIKASI ATAU PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA, SERTA PRODUK DAN PERKHIDMATAN APPLE.
E. ANDA SELANJUTNYA MENGAKU BAHAWA PERISIAN APPLE DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT TIDAK DINIATKAN ATAU SESUAI UNTUK DIGUNAKAN DALAM SITUASI ATAU PERSEKITARAN YANG KEGAGALAN ATAU KELEWATAN MASA, ATAU RALAT ATAU KETIDAKTEPATAN DALAM KANDUNGAN, DATA ATAU MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN OLEH, PERISIAN APPLE DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT BOLEH MENYEBABKAN MAUT, KECEDERAAN DIRI, ATAU KEROSAKAN FIZIKAL ATAU ALAM SEKITAR YANG TERUK, TERMASUK TANPA HAD, PENGOPERASIAN KEMUDAHAN NUKLEAR, SISTEM PANDU ARAH ATAU KOMUNIKASI PESAWAT UDARA, KAWALAN LALU LINTAS UDARA, SISTEM SOKONGAN HIDUP ATAU SISTEM SENJATA.
F. TIADA MAKLUMAT ATAU NASIHAT LISAN ATAU BERTULIS YANG DIBERIKAN OLEH APPLE ATAU MANA-MANA WAKIL APPLE YANG SAH AKAN MEWUJUDKAN APA-APA WARANTI. SEKIRANYA PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN APPLE TERBUKTI ROSAK, ANDA BERSETUJU UNTUK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA KOS PERKHIDMATAN, PEMBAIKAN ATAU PEMBETULAN YANG DIPERLUKAN. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN WARANTI TERSIRAT ATAU PENGEHADAN HAK STATUTORI YANG TERPAKAI UNTUK PENGGUNA, OLEH ITU, PENGECUALIAN DAN HAD DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA.
9. Pembatasan Liabiliti. SETAKAT YANG TIDAK DILARANG OLEH UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAKAN, APPLE, PIHAK GABUNGAN, EJEN, ATAU PRINSIPAL APPLE DALAM APA JUA KEADAAN TIDAK AKAN MENANGGUNG LIABILITI UNTUK KECEDERAAN DIRI, ATAU APA JUA GANTI RUGI SAMPINGAN, KHAS, TIDAK LANGSUNG ATAU BERBANGKIT, TERMASUK, TANPA HAD, GANTI RUGI UNTUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN DATA, KEGAGALAN UNTUK MENYAMPAIKAN ATAU MENERIMA APA-APA DATA ATAU MAKLUMAT (TERMASUK TANPA HAD MANA-MANA ARAHAN, TUGASAN DAN BAHAN KURSUS), GANGGUAN PERNIAGAAN ATAU MANA-MANA GANTI RUGI ATAU KERUGIAN KOMERSIAL LAIN, YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKENAAN DENGAN PENGGUNAAN OLEH ANDA ATAU KETIDAKUPAYAAN ANDA UNTUK MENGGUNA PERISIAN APPLE ATAU PERKHIDMATAN TERSEBUT ATAU MANA-MANA PERISIAN, APLIKASI ATAU PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA BERHUBUNGAN DENGAN PERISIAN APPLE ATAU PERKHIDMATAN TERSEBUT, WALAU APA-APA PUN SEBABNYA, TIDAK KIRA TEORI LIABILITI (KONTRAK, TORT ATAU SELAINNYA) DAN WALAUPUN JIKA APPLE TELAH DIMAKLUMKAN TENTANG KEMUNGKINAN GANTI RUGI SEDEMIKIAN. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN LIABILITI UNTUK KECEDERAAN PERIBADI, ATAU GANTI RUGI SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT, OLEH ITU, PEMBATASAN INI MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA. Dalam apa-apa jua keadaan, jumlah liabiliti Apple kepada anda secara keseluruhannya untuk semua ganti rugi (melainkan sepertimana yang diperuntukkan dalam undang-undang berkenaan kes melibatkan kecederaan diri) tidak akan melebihi amaun dua ratus lima puluh dolar (U.S.$250.00). Had yang dinyatakan di atas akan terpakai walaupun sekiranya remedi yang dinyatakan di atas gagal akan tujuan utamanya. WALAU APA-APA PUN TERMA LAIN DALAM LESEN INI, JIKA AKTA KONTRAK PENGGUNA JEPUN ADALAH TERPAKAI, TERMA YANG MENGEHADKAN LIABILITI APPLE UNTUK KEROSAKAN YANG DISEBABKAN PELANGGARAN KONTRAK ATAU TORT YANG DILAKUKAN OLEH APPLE TIDAK AKAN TERPAKAI JIKA KEROSAKAN SEDEMIKIAN ADALAH DISEBABKAN SALAH LAKU YANG DISENGAJAKAN ATAU KECUAIAN APPLE.
10. Sijil Digital. Perisian Apple tersebut mengandungi kefungsian yang membenarkannya menerima sijil digital sama ada yang dikeluarkan oleh Apple atau pihak ketiga. ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA UNTUK MENENTUKAN SAMA ADA UNTUK BERGANTUNG ATAU TIDAK PADA MANA-MANA SIJIL SAMA ADA DIKELUARKAN OLEH APPLE ATAU PIHAK KETIGA. RISIKO PENGGUNAAN SIJIL DIGITAL OLEH ANDA DITANGGUNG ANDA SENDIRI. SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAKAN, APPLE TIDAK MEMBUAT MANA-MANA WARANTI ATAU REPRESENTASI, SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, BERKENAAN KEBOLEHDAGANGAN ATAU KESESUAIAN UNTUK MANA-MANA TUJUAN TERTENTU, KETEPATAN, KESELAMATAN, ATAU KETIADAAN PERLANGGARAN HAK PIHAK KETIGA BERKENAAN DENGAN SIJIL DIGITAL. Anda bersetuju bahawa (a) anda tidak akan memalsukan atau menyalahgunakan apa-apa sijil; (b) anda akan menggunakan sijil digital untuk tujuan yang dibenarkan di sisi undang-undang sahaja dan menurut mana-mana Dasar Sijil (Certificate Policy), Kenyataan Amalan Sijil (Certificate Practice Statement) atau pendedahan amalan niaga Pihak Berkuasa Sijil (Certificate Authority) lain yang berkenaan; (c) anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencegah penggunaan sijil digital anda oleh mana-mana pengguna yang tidak dibenarkan; (d) anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencegah penggunaan kekunci persendirian yang berkaitan dengan sijil digital anda oleh mana-mana pengguna yang tidak dibenarkan; dan (e) anda akan membatalkan mana-mana sijil anda yang anda mempunyai alasan untuk percaya telah terjejas. Dasar Sijil (Certificate Policy) dan Kenyataan Amalan Sijil (Certificate Practice Statements) Apple boleh didapati di: https://www.apple.com/certificateauthority.
11. Pengawalan Eksport. Anda tidak boleh menggunakan atau selainnya mengeksport atau mengeksport semula Perisian Apple tersebut kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang Amerika Syarikat dan undang-undang dalam bidang kuasa (atau bidang kuasa) di tempat Perisian Apple tersebut diperoleh. Khususnya, tetapi tanpa had, Perisian Apple tersebut tidak boleh dieksport atau dieksportkan semula (a) ke dalam mana-mana negara yang dilarang untuk berdagang dengan Amerika Syarikat atau (b) kepada sesiapa yang tersenarai dalam Senarai Warganegara Ditentukan Khas (Specially Designated Nationals) Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat atau Senarai Orang Terhalang atau Senarai Entiti (Denied Person’s List or Entity List) Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat atau mana-mana senarai pihak terlarang yang lain. Dengan menggunakan Perisian Apple, anda mewakilkan dan menjamin bahawa anda tidak berada dalam mana-mana negara sedemikian atau mana-mana senarai sebegitu. Anda juga bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan Perisian Apple tersebut untuk apa-apa tujuan yang dilarang oleh undang-undang Amerika Syarikat, termasuk tanpa had, pembangunan, reka cipta, penghasilan atau pengeluaran senjata peluru berpandu, nuklear, kimia atau biologi.
12. Pengguna Akhir Kerajaan. Perisian Apple tersebut dan dokumentasi berkaitan adalah “Item Komersial” sepertimana terma tersebut didefinisikan dalam 48 C.F.R. §2.101, yang terdiri daripada “Perisian Komputer Komersial” dan “Dokumentasi Perisian Komputer Komersial” sepertimana terma tersebut digunakan di dalam 48 C.F.R. §12.212 atau 48 C.F.R. §227.7202, yang mana terpakai. Selaras dengan 48 C.F.R. §12.212 atau 48 C.F.R. §227.7202-1 hingga 227.7202-4, seperti yang berkenaan, Perisian Komputer Komersial dan Dokumentasi Perisian Komputer Komersial adalah dilesenkan kepada pengguna akhir Kerajaan Amerika Syarikat (a) hanya sebagai Item Komersial dan (b) hanya dengan hak tersebut seperti yang diberikan kepada semua pengguna akhir lain menurut terma dan syarat yang dinyatakan di sini. Hak yang tidak diterbitkan adalah tertakluk di bawah undang-undang hak cipta Amerika Syarikat.
13. Undang-undang yang Mengawal dan Kebolehasingan. Lesen ini akan dikuasai dan ditafsirkan mengikut undang-undang Negeri California, tidak termasuk prinsip konflik undang-undangnya. Lesen ini tidak akan dikuasai oleh Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Kontrak untuk Jualan Barangan Antarabangsa, yang kegunaan lesen dikecualikan secara nyata. Sekiranya anda seorang pengguna yang menetap di United Kingdom, Lesen ini akan dikuasai oleh undang-undang dalam bidang kuasa tempat kediaman anda. Sekiranya mahkamah bidang kuasa kompeten mendapati mana-mana peruntukan Lesen ini, atau sebahagian daripadanya, tidak boleh dikuatkuasakan untuk mana-mana alasan, yang selebihnya akan terus berkuat kuasa dan berkesan penuh.
14. Perjanjian Lengkap; Bahasa yang Menguasai. Lesen ini membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dengan Apple berkenaan dengan Perisian Apple tersebut dan menggantikan segala persefahaman sebelum ini atau persefahaman serentak berkenaan perkara sedemikian. Tiada pindaan atau perubahan kepada Lesen ini akan mengikat melainkan pindaan atau perubahan tersebut dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Apple. Apa-apa terjemahan Lesen ini dibuat untuk keperluan tempatan dan dalam keadaan berlakunya pertikaian antara versi bahasa Inggeris dengan versi-versi bukan bahasa Inggeris, versi bahasa Inggeris Lesen ini akan menguasai, setakat yang tidak dilarang oleh undang-undang tempatan dalam bidang kuasa anda.
15. Perakuan Pihak Ketiga.
A. Sebahagian daripada Perisian Apple tersebut mungkin menggunakan atau termasuk perisian pihak ketiga dan bahan lain yang dilindungi hak cipta. Perakuan, terma pelesenan dan penolakan tuntutan untuk bahan sedemikian terkandung dalam dokumentasi elektronik untuk Perisian Apple, dan penggunaan bahan sedemikian oleh anda dikuasai oleh terma masing-masing. Penggunaan Perkhidmatan Penyemakan Imbas Selamat Google tertakluk pada Terma Perkhidmatan Google (https://www.google.com/intl/my/policies/terms/) dan Dasar Privasi Google (https://www.google.com/intl/my/policies/privacy/).
B. Perpustakaan perisian tertentu dan perisian pihak ketiga lain yang termasuk bersama Perisian Apple tersebut ialah perisian percuma dan dilesenkan di bawah terma GNU General Public License (GPL) atau GNU Library/Lesser General Public License (LGPL), mengikut yang berkenaan. Anda boleh memperoleh salinan lengkap kod sumber tersebut dalam bentuk yang boleh dibaca mesin untuk perisian percuma sedemikian di bawah terma GPL atau LGPL, mengikut mana-mana yang berkenaan, tanpa bayaran selain daripada kos media, pengiriman dan pengendalian, dengan membuat permintaan bertulis kepada Apple di opensource@apple.com. Perisian GPL/LGPL tersebut diedarkan dengan harapan perisian GPL/LGPL tersebut akan berguna, tetapi TANPA APA-APA WARANTI, malahan tanpa waranti tersirat berkenaan KEBOLEHDAGANGAN atau KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU. Satu salinan GPL dan LGPL tersebut termasuk bersama Perisian Apple tersebut.
C. Penggunaan MPEG-4. Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Sistem-sistem MPEG-4 (MPEG-4 Systems Patent Portfolio License) untuk pengekodan menurut Standard Sistem-sistem MPEG-4 (MPEG-4 Systems Standard), melainkan bahawa suatu lesen tambahan dan pembayaran royalti diperlukan untuk pengekodan berkaitan dengan (i) data yang disimpan atau yang direplikasi dalam media fizikal yang dibayar atas dasar tajuk demi tajuk (title by title basis) dan/atau (ii) data yang dibayar atas dasar tajuk demi tajuk dan dihantar kepada pengguna akhir untuk simpanan kekal dan/atau penggunaan. Lesen tambahan sedemikian boleh diperoleh daripada MPEG LA, LLC. Lihat https://www.mpegla.com untuk butiran tambahan.
Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Visual MPEG-4 untuk penggunaan peribadi seseorang pengguna dan bukan untuk apa-apa penggunaan komersial untuk (i) pengekodan video menurut Standard Visual MPEG-4 (“Video MPEG-4”) dan/ atau (ii) penyahkodan video MPEG-4 yang dikodkan oleh pengguna yang terlibat dalam aktiviti peribadi dan bukan komersial dan/atau yang telah diperoleh daripada pembekal video yang dilesenkan oleh MPEG LA untuk menyediakan video MPEG-4. Tiada lesen diberikan atau akan tersirat untuk mana-mana penggunaan lain. Maklumat tambahan termasuk yang berkaitan dengan penggunaan promosi, dalaman dan komersial dan pelesenan boleh diperoleh daripada MPEG LA, LLC. Lihat https://www.mpegla.com.
D. Notis H.264/AVC. Setakat yang Perisian Apple tersebut mengandungi kefungsian pengekodan dan/atau penyahkodan AVC, penggunaan komersial H.264/AVC memerlukan pelesenan tambahan dan peruntukan berikut digunakan: KEFUNGSIAN AVC DALAM PRODUK INI DILESENKAN DI SINI HANYA UNTUK PENGGUNAAN PERIBADI SEORANG PENGGUNA DAN BUKAN UNTUK APA-APA PENGGUNAAN KOMERSIAL UNTUK (i) PENGEKODAN VIDEO MENURUT STANDARD AVC TERSEBUT (“VIDEO AVC”) DAN/ATAU (ii) PENYAHKODAN VIDEO AVC YANG DIKODKAN OLEH PENGGUNA YANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI PERIBADI DAN BUKAN KOMERSIAL DAN/ATAU VIDEO AVC YANG TELAH DIPEROLEH DARIPADA PEMBEKAL VIDEO YANG DILESENKAN UNTUK MENYEDIAKAN VIDEO. MAKLUMAT BERKENAAN PENGGUNAAN LAIN DAN LESEN-LESEN BOLEH DIDAPATI DARIPADA MPEG LA L.L.C. LIHAT HTTPS://WWW.MPEGLA.COM.
E. Notis AMR. Kefungsian pengekodan dan penyahkodan Adaptive Multi-Rate (“AMR”) dalam produk ini tidak dilesenkan untuk melaksanakan panggilan suara selular, atau untuk digunakan dalam mana-mana produk telefoni yang dibina atas seni bina QuickTime untuk platform Windows. Kefungsian pengekodan dan penyahkodan AMR dalam produk ini juga tidak dilesenkan untuk penggunaan dalam infrastruktur komunikasi selular termasuk: stesen pangkalan, kawalan stesen pangkalan/kawalan rangkaian radio, pusat penukaran, dan get laluan ke dan daripada rangkaian bersuis awam.
F. Notis FAA. Data Paparan Situasi Pesawat (Aircraft Situation Display) dan Maklumat Status Sistem Ruang Udara Negara (National Airspace System Status Information) (secara kolektif “Data Penerbangan”) yang dipaparkan melalui Perisian Apple tersebut adalah dijanakan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (Federal Aviation Administration). Anda bersetuju untuk tidak mengedarkan semula Data Penerbangan tanpa kebenaran bertulis FAA terdahulu. FAA dan Apple menolak tuntut semua waranti, sama ada secara nyata atau tersirat (termasuk waranti tersirat berkenaan kebolehdagangan dan kesesuaian untuk mana-mana tujuan tertentu), berkenaan penggunaan dan ketepatan Data Penerbangan tersebut. Anda bersetuju bahawa FAA dan Apple tidak bertanggungjawab, sama ada secara kolektif atau individu, untuk mana-mana kerugian, ganti rugi, tuntutan, liabiliti, perbelanjaan, atau penalti, atau untuk mana-mana ganti rugi sampingan, khas, sekunder, tidak langsung atau berbangkit yang berpunca daripada penggunaan Data Penerbangan tersebut. Perisian Apple tersebut tidak ditaja atau disokong oleh FAA. FAA tidak bertanggungjawab untuk masalah teknikal atau sistem, dan anda tidak harus menghubungi FAA berkenaan masalah sedemikian atau isu berkenaan pengendalian aliran lalu lintas.
G. Penggunaan Adobe Color Profiles. Anda boleh menggunakan perisian Adobe Color Profile yang termasuk bersama Perisian Apple tersebut menurut Lesen ini, tetapi Adobe tidak mempunyai kewajipan untuk menyediakan apa-apa sokongan untuk Color Profiles tersebut di bawah ini, termasuk naik taraf atau versi masa depan Profiles atau item lain. Selain daripada syarat Bahagian 8 dan 9 di atas, DALAM APA-APA JUA KEADAAN ADOBE TIDAK AKAN MENANGGUNG LIABILITI TERHADAP ANDA UNTUK MANA-MANA GANTI RUGI, TUNTUTAN ATAU KOS. Perisian Adobe Color Profile yang diedarkan bersama Perisian Apple juga tersedia untuk dimuat turun daripada Adobe di https://www.adobe.com/my_ms/.
H. Perjanjian Lesen Pengguna Akhir Gracenote®. Aplikasi atau peranti ini mengandungi perisian daripada Gracenote, Inc. dari Emeryville, California (“Gracenote”). Perisian daripada Gracenote tersebut (“Perisian Gracenote” tersebut) membolehkan aplikasi ini melaksanakan pengenalpastian cakera dan/atau fail dan memperoleh maklumat berkaitan muzik, termasuk maklumat nama, artis, runut dan tajuk (“Data Gracenote”) dari pelayan dalam talian atau pangkalan data terbenam (secara kolektifnya, “Pelayan Gracenote”) dan untuk melaksanakan fungsi lain. Anda hanya boleh menggunakan Data Gracenote melalui fungsi Pengguna Akhir aplikasi atau peranti ini yang ditujukan.
Anda bersetuju bahawa anda hanya akan mengguna Data Gracenote, Perisian Gracenote dan Pelayan Gracenote tersebut untuk penggunaan peribadi anda sahaja dan bukan untuk apa-apa penggunaan komersial. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyerah hak, menyalin, memindahkan atau menyampaikan Perisian Gracenote tersebut atau mana-mana Data Gracenote kepada mana-mana pihak ketiga. ANDA BERSETUJU BAHAWA ANDA TIDAK AKAN MENGGUNAKAN ATAU MENGEKSPLOITASI DATA GRACENOTE, PERISIAN GRACENOTE ATAU PELAYAN GRACENOTE TERSEBUT, MELAINKAN SEPERTIMANA YANG DIBENARKAN SECARA NYATA DALAM PERJANJIAN INI.
Anda bersetuju bahawa lesen tidak eksklusif anda untuk menggunakan Data Gracenote, Perisian Gracenote dan Pelayan Gracenote tersebut akan ditamatkan sekiranya anda melanggar pembatasan ini. Sekiranya lesen anda tamat, anda bersetuju untuk menghentikan mana-mana dan kesemua penggunaan Data Gracenote, Perisian Gracenote dan Pelayan Gracenote tersebut. Gracenote menyimpan semua hak dalam Data Gracenote, Perisian Gracenote dan Pelayan Gracenote tersebut, termasuk semua hak milik. Dalam apa-apa jua keadaan, Gracenote tidak akan bertanggungjawab untuk mana-mana pembayaran kepada anda bagi mana-mana maklumat yang anda sediakan. Anda bersetuju bahawa Gracenote, Inc. boleh menguatkuasakan haknya di bawah Perjanjian ini terhadap anda secara langsung dalam namanya sendiri.
Perkhidmatan Gracenote tersebut menggunakan suatu pengenal pasti yang unik untuk mengesan pertanyaan bagi tujuan statistik. Tujuan pengenal pasti angka yang diberikan secara rawak adalah untuk membolehkan perkhidmatan Gracenote tersebut mengira pertanyaan tanpa mengetahui apa-apa tentang diri anda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada laman web untuk Dasar Privasi Gracenote bagi perkhidmatan Gracenote tersebut.
Perisian Gracenote tersebut dan setiap item Data Gracenote dilesenkan kepada anda “SEPERTI SEDIA ADA.” Gracenote tidak membuat mana-mana representasi atau waranti, sama ada secara nyata atau tersirat, berkenaan ketepatan mana-mana Data Gracenote daripada Pelayan Gracenote tersebut. Gracenote menyimpan hak untuk menghapuskan data daripada Pelayan Gracenote tersebut atau mengubah kategori data untuk apa-apa sebab yang dianggap cukup oleh Gracenote. Tiada jaminan dibuat bahawa Perisian Gracenote atau Pelayan Gracenote tersebut adalah bebas daripada ralat atau bahawa kefungsian Perisian Gracenote atau Pelayan Gracenote tidak akan diganggu. Gracenote tidak wajib untuk menyediakan kepada anda jenis atau kategori data yang dipertingkatkan atau data tambahan yang baru yang mungkin disediakan oleh Gracenote pada masa depan dan Gracenote adalah bebas untuk menamatkan perkhidmatannya pada bila-bila masa. GRACENOTE MENOLAK TUNTUT SEMUA WARANTI, SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, WARANTI TERSIRAT BERKENAAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK MANA-MANA TUJUAN TERTENTU, HAK MILIK DAN KETIADAAN PELANGGARAN HAK. GRACENOTE TIDAK MENJAMIN HASIL YANG AKAN DIPEROLEH DARIPADA PENGGUNAAN PERISIAN GRACENOTE ATAU MANA-MANA PELAYAN GRACENOTE TERSEBUT OLEH ANDA. DALAM APA-APA JUA KEADAAN, GRACENOTE TIDAK AKAN MENANGGUNG LIABILITI UNTUK MANA-MANA GANTI RUGI BERBANGKIT ATAU SAMPINGAN ATAU UNTUK MANA-MANA KEHILANGAN KEUNTUNGAN ATAU KEHILANGAN PENDAPATAN.
16. Pembatasan Perkhidmatan Carian Yahoo. Perkhidmatan Carian Yahoo yang tersedia melalui Safari hanya dilesenkan untuk penggunaan di negara dan rantau berikut sahaja: Argentina, Aruba, Australia, Austria, Barbados, Belgium, Bermuda, Brazil, Bulgaria, Kanada, Kepulauan Cayman, Chile, tanah besar China, Hong Kong, Taiwan, Colombia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Republik Dominika, Ecuador, El Salvador, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Grenada, Guatemala, Hungary, Iceland, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jamaica, Jepun, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Belanda, New Zealand, Nicaragua, Norway, Panama, Peru, Filipina, Poland, Portugal, Puerto Rico, Romania, Singapura, Slovakia, Slovenia, Korea Selatan, Sepanyol, St. Lucia, St. Vincent, Sweden, Switzerland, Thailand, Bahamas, Trinidad dan Tobago, Turki, UK, Uruguay, AS dan Venezuela.
EA1855
08/07/2023
————————————
Terma dan Syarat Tambahan Apple Pay
Terma dan Syarat Tambahan Apple Pay ini (“Terma Tambahan” tersebut) menambah kepada Perjanjian Lesen Perisian untuk macOS (“Lesen” tersebut); kedua-dua terma Lesen tersebut dan Terma Tambahan ini menguasai penggunaan ciri Apple Pay tersebut oleh anda, yang akan dianggap sebagai “Perkhidmatan” di bawah Lesen tersebut. Terma yang dinyatakan dengan huruf besar dalam Terma Tambahan ini mempunyai makna yang dinyatakan dalam Lesen tersebut.
1. Gambaran Keseluruhan dan Pembatasan Penggunaan
Apple Pay membolehkan anda menyimpan representasi maya kad kredit, debit dan pra-bayar, termasuk Apple Card, yang disokong oleh ciri Apple Pay (“Kad yang Disokong”), menggunakan Mac yang disokong untuk memulakan atau membuat bayaran dalam laman web, dan menjejak pesanan dan melihat resit. Ciri-ciri Apple Pay dalam Perisian Apple tersebut mungkin hanya tersedia di rantau terpilih, dengan pengeluar kad, rangkaian bayaran dan pedagang terpilih. Ciri-ciri mungkin berbeza mengikut rantau, pengeluar, dan pedagang. Kad yang Disokong mungkin berubah dari semasa ke semasa.
Apple Pay bertujuan untuk penggunaan peribadi anda sahaja dan anda hanya boleh memperuntukkan Kad yang Disokong yang anda sendiri miliki. Sekiranya anda memperuntukkan mana-mana kad korporat yang disokong, anda mewakili bahawa anda berbuat demikian dengan kebenaran majikan anda dan anda diberi kuasa untuk mengikat majikan anda dengan terma penggunaan ini dan semua transaksi yang telah dilaksanakan melalui penggunaan ciri ini.
Anda bersetuju untuk tidak menggunakan Apple Pay untuk mana-mana tujuan yang menyalahi undang-undang atau bersifat penipuan, atau untuk mana-mana tujuan lain yang dilarang oleh Lesen tersebut dan Terma Tambahan ini. Anda bersetuju selanjutnya untuk menggunakan Apple Pay mengikut undang-undang dan peraturan yang digunakan. Anda bersetuju untuk tidak mengganggu atau menggendalakan perkhidmatan Apple Pay tersebut (termasuk mengakses perkhidmatan tersebut melalui mana-mana cara bersifat automatik), atau mana-mana pelayan atau rangkaian yang tersambung kepada perkhidmatan tersebut, atau mana-mana dasar, keperluan atau peraturan rangkaian yang tersambung kepada perkhidmatan tersebut (termasuk mana-mana akses kepada, penggunaan atau pemantauan data atau trafiknya yang tidak dibenarkan).
2. Penggunaan pada mana-mana Mac
Anda boleh menggunakan Apple Pay pada mana-mana Mac yang disokong untuk memulakan bayaran pada laman web yang diakses melalui Safari. Ciri ini memerlukan anda untuk memiliki satu Kad yang Disokong yang telah diperuntukkan kepada satu peranti iOS yang disokong atau Apple Watch (“Peranti yang Disokong”). Apabila anda daftar keluar dari sesebuah laman web dengan menggunakan Apple Pay, anda akan dikehendaki untuk membenarkan transaksi tersebut menggunakan Peranti yang Disokong.
Selain daripada terma yang dinyatakan dalam Terma Tambahan ini, penggunaan Apple Pay oleh anda untuk memulakan bayaran pada laman web yang diakses melalui Safari tertakluk pada Terma dan Syarat Tambahan Apple Pay tersebut yang digunakan terhadap Peranti yang Disokong anda, dan terma tersebut adalah dengan ini dimasukkan melalui rujukan dan boleh diakses melalui: Tetapan > Am > Tentang > Undang-undang > Lesen (Settings > General > About > Legal > License) dari peranti iOS anda, atau Tentang > Undang-undang > Lesen (About > Legal > License) dari aplikasi Watch pada mana-mana peranti iOS tersambung. Peranti yang Disokong mungkin berubah dari semasa ke semasa.
Pada sesebuah MacBook Pro yang mempunyai Touch ID terbina dalam, anda boleh menyediakan Apple Pay dengan memperuntukkan Kad yang Disokong dan menggunakan Apple Pay untuk membuat bayaran pada laman web yang diakses melalui Safari. Untuk menggunakan Apple Pay pada mana-mana Mac sebegitu, anda mesti mempunyai Kad yang Disokong yang telah dikaitkan dengan akaun iCloud yang aktif. Apple Pay hanya tersedia kepada individu yang berumur 13 tahun ke atas, dan mungkin tertakluk pada had tambahan berdasarkan umur yang dikenakan oleh iCloud atau pengeluar Kad yang Disokong anda yang berkaitan.
3. Hubungan Apple Dengan Anda
Apple tidak memproses sebarang bayaran, atau mempunyai sebarang kawalan lain ke atas bayaran, pemulangan, bayaran balik, ganjaran, nilai, diskaun, pesanan, pemenuhan pesanan, atau aktiviti perdagangan lain yang mungkin timbul daripada penggunaan ciri ini oleh anda.
Terma perjanjian pemegang kad yang anda mungkin ada dengan pengeluar kad anda akan terus menguasai penggunaan Kad yang Disokong anda dan penggunaannya berhubung dengan Apple Pay. Begitu juga, pembelian mana-mana barangan atau perkhidmatan oleh anda dengan menggunakan ciri Apple Pay tertakluk pada terma dan syarat pedagang tersebut.
Apple Card hanya tersedia di Amerika Syarikat dan dikeluarkan oleh Goldman Sachs Bank USA, Salt Lake City Branch (“Pengeluar Apple Card”). Apabila anda memohon untuk Apple Card tersebut, anda memohon untuk membuka sebuah akaun dengan Pengeluar Apple Card tersebut. Apple Card hanya tersedia ada untuk individu yang berumur 18 tahun ke atas sahaja (atau lebih tua bergantung pada negeri di tempat anda menetap). Institusi kewangan yang bertanggungjawab untuk menawarkan Apple Card tertakluk pada perubahan, dan penggunaan Apple Card oleh anda tertakluk pada terma dan syarat mereka.
Tiada apa-apa dalam Lesen tersebut atau Terma Tambahan ini yang mengubah terma mana-mana perjanjian pemegang kad atau pedagang, atau terma dan syarat lain yang digunakan terhadap penggunaan ciri-ciri Apple Pay tersebut, dan terma sedemikian akan menguasai penggunaan ciri Apple Pay yang berkenaan dan representasi maya ciri-ciri tersebut pada Mac yang disokong oleh anda.
Anda bersetuju bahawa Apple bukan satu pihak dalam perjanjian pemegang kad atau pedagang anda, malah Apple juga tidak bertanggungjawab untuk (a) kandungan, ketepatan atau ketidaktersediaan mana-mana kad bayaran, aktiviti perdagangan, transaksi, pembelian, pesanan, pemenuhan pesanan, atau resit semasa anda menggunakan fungsi bayaran Apple Pay; (b) pengeluaran kredit atau menilai kelayakan kredit; (c) aktiviti pengeluar, pedagang, atau pihak ketiga lain yang berkaitan dengan penggunaan Apple Pay atau Dompet oleh anda; (d) keputusan yang dibuat oleh mana-mana pengeluar, pedagang atau pihak ketiga lain yang sehubungan dengan Kad Yang Disokong; (e) mana-mana akruan atau penebusan ganjaran atau nilai tersimpan di bawah program pedagang; or (f) pendanaan atau penambahan nilai kepada kad prabayar. Untuk semua pertikaian atau soalan berkenaan kad bayaran atau aktiviti perdagangan yang berkaitan, sila hubungi pengeluar anda atau pedagang yang berkenaan.
4. Privasi
Apabila menggunakan Apple Pay untuk memulakan sesuatu transaksi bayaran yang akan dilengkapkan dalam sebuah Peranti yang Disokong, Apple Pay akan memindahkan maklumat bayaran dalam suatu bentuk tersulit antara Mac anda dengan Peranti yang Disokong anda untuk melengkapkan transaksi anda. Apabila menggunakan Apple Pay untuk membuat sesuatu transaksi bayaran pada sebuah MacBook Pro yang mempunyai Touch ID terbina dalam, maklumat bayaran anda akan disediakan dalam bentuk tersulit kepada laman web tersebut sebagai sebahagian transaksi tersebut. Apabila anda menambah mana-mana kad kepada Apple Pay pada sesebuah MacBook Pro yang mempunyai Touch ID terbina dalam, maklumat berkenaan peranti anda, seperti sama ada tetapan peranti tertentu dibolehkan dan pola penggunaan peranti (contohnya, peratus masa peranti sedang bergerak, anggaran jumlah panggilan setiap minggu), akan dihantar kepada Apple untuk menentukan kelayakan anda dan untuk mencegah penipuan. Anda boleh mendapatkan maklumat terperinci tentang maklumat peribadi yang dikumpul, digunakan atau dikongsi sebagai sebahagian penggunaan Apple Pay oleh anda dengan membaca notis privasi khusus untuk perkhidmatan yang berkaitan, termasuk Perihal Apple Pay dan Privasi yang boleh diakses pada peranti iOS atau Mac anda, atau dalam aplikasi Watch dalam mana-mana peranti iOS tersambung, atau dengan melayari https://www.apple.com/legal/privacy/my/. Dengan menggunakan Apple Pay, anda bersetuju dan membenarkan Apple serta anak syarikatnya dan ejennya untuk menyampai, mengumpul, mengekal, memproses, dan mengguna kesemua maklumat di atas, untuk menyediakan kefungsian Apple Pay.
5. Keselamatan
Apple Pay menyimpan representasi maya Kad yang Disokong anda, dan anda memahami dan mengaku bahawa pemberian kod laluan atau kata laluan peranti anda kepada pihak ketiga, atau pemberian kebenaran kepada pihak ketiga untuk menambah cap jari mereka untuk menggunakan Touch ID pada Peranti yang Disokong atau Mac anda, mungkin akan mengupayakan mereka untuk membuat bayaran Apple Pay dalam mana-mana laman web pada Mac anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekalkan keselamatan peranti anda dan apa-apa kod laluan dan kata laluan yang digunakan. Anda bersetuju bahawa Apple tidak bertanggungjawab sekiranya anda hilang atau kongsi akses kepada peranti anda, atau sekiranya anda membuat apa-apa modifikasi yang tidak dibenarkan kepada macOS.
Sekiranya peranti anda hilang atau dicuri dan anda telah mendayakan ciri Find My, anda boleh menggunakan Find My atau https://icloud.com untuk cuba menggantungkan keupayaan membayar dengan Kad Bayaran Yang Disokong maya pada peranti tersebut dengan mengaktifkan Lost Mode. Anda juga boleh memadamkan peranti anda, yang akan cuba menggantungkan keupayaan untuk membayar dengan Kad yang Disokong maya dalam peranti tersebut. Anda juga harus menghubungi pengeluar Kad yang Disokong anda untuk mengelakkan akses yang tidak dibenarkan kepada Kad yang Disokong maya anda.
Sekiranya anda melaporkan atau Apple mengesyaki aktiviti yang bersifat penipuan atau penyalahgunaan, anda bersetuju untuk bekerjasama dengan Apple dalam mana-mana penyiasatan dan untuk menggunakan langkah pencegahan penipuan yang kami tetapkan.
6. Pembatasan Liabiliti
SELAIN DARIPADA SEMUA PENOLAKAN TUNTUTAN WARANTI DAN PEMBATASAN LIABILITI YANG DINYATAKAN DALAM LESEN TERSEBUT, APPLE TIDAK MENANGGUNG SEBARANG LIABILITI UNTUK APA-APA PEMBELIAN, PEMBAYARAN, TRANSAKSI, PESANAN, PEMENUHAN PESANAN, MAKLUMAT RESIT, ATAU AKTIVITI PERNIAGAAN LAIN YANG DILAKSANAKAN DENGAN MENGGUNAKAN CIRI APPLE PAY, DAN ANDA BERSETUJU UNTUK MERUJUK SEPENUHNYA KEPADA PERJANJIAN YANG ANDA MUNGKIN ADA DENGAN PENGELUAR KAD, RANGKAIAN BAYARAN, ATAU PEDAGANG ANDA UNTUK MENYELESAIKAN SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERTIKAIAN YANG BERKAITAN DENGAN KAD YANG DISOKONG, KAD MAYA YANG DISOKONG DAN AKTIVITI PERDAGANGAN BERKAITAN ANDA.